Sunday, August 8, 2010

JURNAL REFLEKSI: MINGGU 4

Assalammualaikum wbt

Pada minggu yang ke empat, saya diperkenalkan dengan persembahan wayang kulit yang cukup menarik perhatian saya. Ini  ditambah pula, set induksi yang begitu membangkitkan ransangan untuk saya mengetahui lebih mendalam apakah wayang kulit itu sebenarnya. Wayang kulit adalah teater tradisional kuno yang mempunyai pengkisahan dalang dan bayang-bayang patung di atas kelir. Dalam sesebuah wayang kulit mempunyai seni muzik tersendiri, dalang yang mahir mengisahkan hikayat-hikayat, terdapat unsur lakunan di dalamnya, ada terselit nilai dan pengajaran yang bercorak agama dan mempunyai kesenian yang sangat halus dalam mengukir sesebuah patung wayang.

Terdapat beberapa jenis wayang kulit yang boleh kita dapati di negara ini. Terdapat ciri persamaan dan perbezaan antara keempat-empat jenis wayang kulit ini. Persamaan yang paling ketara adalah kesemua jenis wayang kulit mengambil hikayat daripada epik Ramayana dan Mahabrata dan masih mengekalkan ciri asal pakaian sesebuah patung wayang itu. Disebalik persamaan yang ada, terdapat juga ciri-ciri perbezaan dari segi pengaruh, pergerakan dan kedudukan patung wayang dan alat muzik.


Bagi wayang kulit Jawa, jelas menunjukkan mempunyai pengaruh daerah Jawa, Indonesia dengan penggunaan dialeknya yang boleh kita dapati dinegeri semenanjung Malaysia iaitu Johor dan Selangor. Begitu juga dengan wayang kulit Melayu yang mempunyai ciri pengaruh Jawa yang boleh dilihat dengan kedudukan, bentuk patung dan pergerakannya yang menyamai  wayang kulit Jawa iaitu kedudukan patung adalah mengiring dan kedua-dua sendi tangan bergerak. Manakala wayang kulit Gedek dan wayang kulit Kelantan adalah pengaruh daripada Siam iaitu dari negara Thailand. Oleh itu, kita dapati terdapat persamaan dalam pengerakan patung yang hanya bergerak menggunakan satu sendi tangan dan tetapi wujud perbezaan pada kedudukan iaitu wayang kulit Gedek kedudukan menghadap, manakala wayang kulit Kelantan mengiring.

Dari segi penggunaan alat muzik pula keempat-empat jenis wayang kulit kesemuanya mempunyai mainan alat muzik tersendiri. Wayang kulit Jawa kita boleh kenali apabila mendengar muzik asembel gamelan Jawa yang mempunyai kategori muzik membranofon dan idiofon sahaja. Walaupun wayang kulit Melayu dikenali wayang Jawa, namun kumpulan orkestra yang memainkan alat muzik adalah sangat berbeza dengan wayang kulit Jawa yang sebenar. Ini disebabkan, wayang kulit Melayu tidak memainkan asembel gamelan tetapi cenderung kepada permainan alat muzik wayang kulit tempatan yang mempunyai kategori kordofon, membranofon dan idiofon. Jika diperhatikan dalam wayang kulit Gedek pula, memenuhi kesemua kategori alat muzik. kordofon, membranofon, aerofon dan idiofon. Berbeza dengan wayang kulit Kelantan yang tidak mempunyai kesemua kategori alat muzik seperti wayang kulit Gedek. Alat muziknya terdiri daripada membranofon, aerofon dan idiofon.

Kesimpulannya, wayang kulit merupakan keseniaan budaya tempatan yang sangat unik dan tersendiri. Wayang kulit kini semakin mengikuti peredaran masa dengan  mengaitkan penceritaan isu semasa dan pada masa yang sama boleh menghiburkan hati semua lapisan masyarakat Hal ini boleh kitan saksikan di dalam video yang sempat saya lampirkan di sini. Renung-renungkan...

1 comments:

Marlin on August 14, 2010 at 10:37 PM said...

Ulasan yang menarik, ringkas dan padat! Tahniah.

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMP.A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya sampai jua kita ke minggu terakhir bagi kursus SMP 2252. Pel...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi Keseluruhan - Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... Kuliah pada minggu kedua terakhir (Minggu 13) dan juga pada minggu terakhir (Minggu 14) Semester I sesi 2010/20...
    14 years ago
  • HADIAH KEPADA KAWAN2 - Ditujukan khas kepada kawan SMP2252 YA.. Kualiti tak berapa bagus sebab kali pertama saya buat slideshow..hahah.. Semoga semua orang akan berjaya dalam pep...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi Minggu 14 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah pada minggu 14 ini adalah berkenaan dengan muzik tarian singa. Dalam tajuk ini beberapa perkara telah dibinca...
    14 years ago
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Salam.....syukur alhamdulillah tanpa sedari kita akhirnya di penghujung bicara. Selama 14 minggu, saya mengikuti kelas muzik tradisional smp2252 banyak p...
    14 years ago
  • minggu 14 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum dan salam muhibah semua... Pada minggu ini, pembentangan diteruskan dengan tajuk 'tarian singa'. Tarian singa ini adalah satu adat warisan...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Pada minggu ke 14 adalah minggu yang terakhir dalam kursus ini, banyak perkara yang kami perolehi setelah mengikuti kursus ini hingga ke akhir kursus ini. ...
    14 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    14 years ago
  • MINGGU 14 :JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum kepada pensyarah dan kawan-kawan semua. Minggu ini merupakan mingg yang terakhir kita belajar berkenaan dengan muzik tradisional. pada ming...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Salam diucapkan kepada En. Amran dan semua rakan-rakan kuliah SMP2252. Sepertimana malam melabuhkan tirainya begitulah juga kita kini sudah berada di pengh...
    14 years ago
  • MINGGU 13:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum. Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap ke...
    14 years ago
  • MINGGU14: JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Sedar tak sedar, diam tak diam , akhirnya kita telah berada di minggu yang terakhir kuliah bagi semester 1 sesi 20...
    14 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    14 years ago
  • Minggu 11 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum.... Pada minggu ini, kumpulan yang terbabit membentangkan mengenai tajuk Ghazal. Pembentangan kali ini adalah untuk kali yang kedua buat kum...
    14 years ago
  • BIODATA - Nama : Wan Fadillah Wan Hamat No Matriks : D20072031385 Program : Pengajian Malaysia dengan Pendidikan Kumpulan : A Semester : Enam (6) / Semester 1 2010/...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    14 years ago
  • BIODATA - NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI NO.MATRIK : D20072031485 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
    14 years ago

BLOG PELAJAR KUMP.B

PELAJAR KUMP.C

SMP2252 Azam Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template