Pada kuliah minggu ketiga, saya tidak dapat hadir ke kuliah kerana masalah kesihatan. Namun begitu, saya cuba memahami tajuk minggu tersebut dengan bertanya kepada beberapa rakan dan mencari bahan pembacaan terhadap topik yang telah dibincangkan.
Terdapat istilah-istilah yang unik digunakan dalam membincangkan bidang muzik tradisi ini yang sebelum ini tidak terfikir bahawa istilah ini boleh digunakan dalam memahami muzik budaya bangsa Malaysia dengan melihat perspektif adaptasi dan idiosinkretik.
Adaptional adalah suatu yang boleh disesuaikan dengan bertindakbalas mengikut keadaan yang dipengaruhi oleh budaya setempat. Misalnya, muzik tradisi yang dimainkan oleh masyarakat Melayu bukan lagi berunsur pemujaan tetapi hanya menerima unsur-unsur yang tidak bertentangan dengan agama Islam bagi tujuan hiburan, menyampaikan mesej dan nilai kepada masyarakat. Sehubungan itu, dapatlah saya fahami unsur organik dalam muzik traditional adalah sesuatu yang hidup dan boleh diserapkan dengan keadaan sesuatu tempat.
Manakala idiosinkretik tidak melibatkan sebarang proses perubahan iaitu masih kekal dalam bentuk yang sama. Contohnya peralatan yang digunakan seperti gendang dalam muzik Bhangra adalah saling tidak tumpah dengan peralatannya dengan gendang keling, yang membezakannya adalah cara permainan atau lagu sahaja yang berbeza.
Jika dilihat zaman dahulu, kita dapati terdapati muzik bukan hanya dimainkan oleh golongan rakyat malah turut dimainkan oleh golongan bangsawan dan diraja (Istana) yang melambangkan status dan kedudukan golongan tertentu. Contohnya seni muzik yang wujud hasil daripada tradisi istana bukan sahaja memberi hiburan kepada masyarakat istana malahan turut menjadi alat kerajaan dan simbol kepada sistem sosial dan politik institusi beraja melalui aplikasinya di dalam upacara adat istiadat diraja (Azhar Abdul Latif, 2010, Seni Muzik Dalam Institusi Raja Melayu: Kajian Jenis, Perkembangan dan Peralatan Muzik dalam Konteks Tradisi Melayu, http://www.scribd.com/doc/29391151/SENI-MUZIK-DALAM-INSTITUSI-RAJA-MELAYU)
Generasi kini kurang mengetahui muzik rakyat yang sering dimainkan orang golongan terdahulu. Oleh itu, saya ingin mengemukakan ciri muzik tradisional yang menjadi perhatian iaitu muzik dalam bentuk lain, yang sebelum ini langsung tidak mendengarnya apatah lagi untuk melihatnya. Di sini, saya mengambil contoh bongai yang berasal dari Negeri Sembilan. Bongai merupakan lagu popular yang dinyanyikan oleh masyarakat negeri sembilan suatu ketika dahulu khususnya dalam majlis keramaian seperti perkahwinan.
Konklusinya, muzik tradisional mempunyai kategori dan ciri-ciri yang tersendiri dan hal ini menjadi lebih unik kerana di Malaysia terdapat banyak unsur-unsur seni muzik tradisi dan setiap negeri mempunyai seni muzik masing-masing yang menjadi kemegahan dan simbol kepada budaya dan etnik mereka.
Merdu suara si cantik manisKonklusinya, muzik tradisional mempunyai kategori dan ciri-ciri yang tersendiri dan hal ini menjadi lebih unik kerana di Malaysia terdapat banyak unsur-unsur seni muzik tradisi dan setiap negeri mempunyai seni muzik masing-masing yang menjadi kemegahan dan simbol kepada budaya dan etnik mereka.
Indah bunyian petikan lagu
Muzik tradisi kekal harmonis
Menjadi wardah bangsa bersatu
0 comments:
Post a Comment