Friday, August 20, 2010

JURNAL REFLEKSI: MINGGU 6

Assalammualaikum wbt...

Pada minggu ini, saya diperkenalkan dengan muzik tradisi makyung dan kompang. Terdapat tiga perkara utama yang perlu diketahui iaitu sejarah, persembahan dan alat muzik serta melodi, bentuk dan irama

Seperti biasa, pada awal kuliah, en Amran memperlihatkan kepada pelajar beberapa video dan melalui tayangan tersebut pelajar dapat mengenalpasti dan membezakan antara Makyung dengan seni tradisi yang lain iaitu menora dan mek mulung. Makyung adalah kategori bentuk seni lakon yang mempunyai lagenda dan mitosnya tersendiri. Terdapat mengisahkan penceritaan dalam lakonan tersebut dengan cerita asal Dewa Muda yang merupakan cerita rakyat Di dalam persembahan Makyung terdapat gabungan unsur dialog, tarian, muzik vokal dan instrumental. Makyung berasal dari selatan Thailand di daerah Pattani yang berpindah ke Kelantan seterusnya ke Kedah.

Terdapat dua fungsi persembahan Makyung iaitu pertama bagi tujuan ritual seperti menyembuhkan pernyakit dan suatu upacara persembahan guru dan kedua adalah bagi tujuan persembahan dengan mengambil konsep 'Theater in The Round'. Bagi menjadikan Makyung hidup terdapat watak-watak diwujudkan iaitu watak utama, raja perempuan, pengasuh dan ahli nujum atau tukang.

Lagu utama yang wajib dimainkan sebelum lagu berikutnya adalah lagu menghadap rebab yang menjadi semangat dan simbol pernghormatan kerana rebab dianggap alat utama persembahan Makyung. Terdapat lagu-lagu lain iaitu Kijang Mas dan Sindung. Alat muzik utama digunakan adalah sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab yang mempunyai 3 tali, ditambah dengan beberapa instrumen lain iaitu serunai, geduk dan canai. 

Bentuk dan struktur lagu Makyung ditentukan dalam sistem gongan yang dikawal oleh tetawak dan irama pula menggunakan 4 timbre (pak, duh, cak, ting). Kami telah diminta untuk membunyikan irama tersebut dengan dengan menggunakan bunyian suara. Alat yang dibunyikan adalah gendang anak (cak ting), gendang ibu (pak) dan tetawak. Agak menarik apabila irama tersebut dilakukan dengan serentak.

 Penggerak seni Makyung yang aktif di Malaysia-Johara Ayob dan Rosnan

 Johara Ayob dan Rosnan dalam mempersembahkan teater Makyung Anak Raja Serupa

Berikutnya, dalam tayangan video mengenai kompang, saya didedahkan jenis-jenis persembahan kompang iaitu jenis konpang fomasi, izhar dan selawat. Kompang adalah berasal daripada kebudayaan Arab di Timur Tengah yang telah dibawa oleh pedagang Arab pada kurun ke 13 masihi. Instrumen kompang adalah di bawah klasifikasi membaranofon dalam kelas dram kecil. Persembahan kompang mempunyai fungsinya dalam masyarakat Melayu sebagai mekanisme untuk meraikan majlis dan keraian seperti maulidur rasul dan berkhatan. Namun, fungsinya telah berubah pada masyarakat moden hari ini dengan menggunakan kompang secara meluas dalam menyambut para pemimpin dan acara-acara rasmi negara. 

Ketika bermain kompang, adab sangat ditekankan iaitu dari segi berpakaian, cara menggunakan (tidak boleh lambung) dan cara meletakkan kompang (tidak boleh meletakkan muka kompang menghadap lantai). Bahagian-bahagian penting bagi kompang adalah belulang (muka) dan belulang baluh (kayu disekeling muka). Jenis-jenis utama permainan kompang yang di mainkan di Malaysia adalah Hadrah, Johor, Eizhar dan Kelalang. Jika diperhatikan kompang mempunyai saiz yang berbeza mengikut kesesuaian umur tertentu bagi mudah seseorang itu memainkkannya. Ketika kompang dimainkan, bunyi 'pak' akan kedengaran. Jenis pukulan bagi kompang adalah Melalu sebagai rentak asas, menyilang dan meningkah yang dimainkan antara melalu dan menyilang. Bagi meninggikan ton kompang, penalaan dilakukan dengan menggunakan sedak iaitu sejenis rotan atau wayar plastik yang ditolak sekeliling bahagian dalam. Rentak persembahan kompang terdiri daripada rentak inang asas, masri asas dan asli asas. 

Pada 20 minit terakhir kuliah, saya berkesempatan bermain sendiri kompang tersebut. Ini adalah kali pertama saya bermain dan ia amat mengujakan saya.



0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMP.A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya sampai jua kita ke minggu terakhir bagi kursus SMP 2252. Pel...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi Keseluruhan - Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... Kuliah pada minggu kedua terakhir (Minggu 13) dan juga pada minggu terakhir (Minggu 14) Semester I sesi 2010/20...
    14 years ago
  • HADIAH KEPADA KAWAN2 - Ditujukan khas kepada kawan SMP2252 YA.. Kualiti tak berapa bagus sebab kali pertama saya buat slideshow..hahah.. Semoga semua orang akan berjaya dalam pep...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi Minggu 14 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah pada minggu 14 ini adalah berkenaan dengan muzik tarian singa. Dalam tajuk ini beberapa perkara telah dibinca...
    14 years ago
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Salam.....syukur alhamdulillah tanpa sedari kita akhirnya di penghujung bicara. Selama 14 minggu, saya mengikuti kelas muzik tradisional smp2252 banyak p...
    14 years ago
  • minggu 14 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum dan salam muhibah semua... Pada minggu ini, pembentangan diteruskan dengan tajuk 'tarian singa'. Tarian singa ini adalah satu adat warisan...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Pada minggu ke 14 adalah minggu yang terakhir dalam kursus ini, banyak perkara yang kami perolehi setelah mengikuti kursus ini hingga ke akhir kursus ini. ...
    14 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    14 years ago
  • MINGGU 14 :JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum kepada pensyarah dan kawan-kawan semua. Minggu ini merupakan mingg yang terakhir kita belajar berkenaan dengan muzik tradisional. pada ming...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Salam diucapkan kepada En. Amran dan semua rakan-rakan kuliah SMP2252. Sepertimana malam melabuhkan tirainya begitulah juga kita kini sudah berada di pengh...
    14 years ago
  • MINGGU 13:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum. Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap ke...
    14 years ago
  • MINGGU14: JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Sedar tak sedar, diam tak diam , akhirnya kita telah berada di minggu yang terakhir kuliah bagi semester 1 sesi 20...
    14 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    14 years ago
  • Minggu 11 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum.... Pada minggu ini, kumpulan yang terbabit membentangkan mengenai tajuk Ghazal. Pembentangan kali ini adalah untuk kali yang kedua buat kum...
    14 years ago
  • BIODATA - Nama : Wan Fadillah Wan Hamat No Matriks : D20072031385 Program : Pengajian Malaysia dengan Pendidikan Kumpulan : A Semester : Enam (6) / Semester 1 2010/...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    14 years ago
  • BIODATA - NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI NO.MATRIK : D20072031485 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
    14 years ago

BLOG PELAJAR KUMP.B

PELAJAR KUMP.C

SMP2252 Azam Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template