Sunday, October 31, 2010

JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN MINGGU

Assalammualaikum wbt

Masa berlalu begitu pantas sekali. Sudah 14 minggu kita berkuliah dalam sesi pengajaran Encik Amran. Sudah tentu banyak pengisian yang kita peroleh bersama.

Secara teknikalnya, pada sepanjang minggu kita terdedah dengan suasana pembelajaran bersandarkan kepada dunia teknologi dengan penggunaan blog sebagai mekanisme utama. Apa yang penting, saya dapat memperoleh pengetahuan baru apabila tahu membina dan membangunkan blog sendiri. Di sinilah, saya dapat imbas kembali pengajaran yang disampaikan Encik Amran semasa di dalam kelas dengan menulis jurnal refleksi di blog. Pada awalnya saya dapat menghantar jurnal pada setiap minggu tepat pada masanya, namun masuk minggu ke 11 saya mengalami masalah untuk post jurnal tersebut atas kesibukan untuk menyiapkan tugasan bagi subjek major. Itu bukan satu alasan untuk saya untuk meninggalkan terus, dengan bantuan blog saya dalam melihat perbentangan daripada kumpulan lain yang saya ketinggalan. Saya juga berusaha mencari informasi baru untuk berkongsi bersama dengan rakan-rakan lain contoh dalam muzik tradisional India (boleh lihat di jurnal refleksi 10). Apapun tugasan untuk menjawab soalan setiap minggu, masih dapat saya selesaikan pada masanya.

Pada saya kandungan kursus yang cuba disampaikan oleh Encik Amran adalah sesuatu yang baik, tetapi terdapat aspek muzik yang agak sukar untuk difahami mungkin latarbelakang program yang bukan menjurus kepada jurusan muzik. Pada masa akan datang, diharap pelajar lain yang bukan jurusan muzik boleh diberi pendedahan untuk bermain sendiri alat muzik dan membentuk asemble muzik tradisional bagi memahami dan mendalami lebih baik lagi dari aspek muzikal. Ini adalah salah satu pendekatan yang lebih praktikal untuk pelajar memahami kesuluruhan kandungan kursus di samping mempelajari teori.

Selain itu, saya menganggap pendekatan pengajaran Encik Amran adalah kreatif dan membina, pelajar bukan hanya didedahkan unsur muzik tetapi beliau telah berusaha mengabungjalinkan dengan subjek lain seperti sejarah. Maka, pelajar akan menyedari kepentingan sejarah itu dalam membentuk identiti muzik di negara kita pada hari ini. Saya melihat Encik Amran begitu tegas cara penyampaiannya, tetapi pada masa yang sama boleh memahami situasi pelajar yang jika tidak menyelitkan unsur jenaka mungkin keadaan kelas akan menjadi tegang dan membosankan.

Saya bukan sahaja memperoleh pengetahuan baharu daripada subjek ini, tetapi juga membina kemahiran berfikir yang tinggi dan lebih kritikal. Contohnya, dalam tugasan kumpulan yang pada awalnya sukar untuk saya untuk mendapatkan maklumat tentang Ghazal terutamanya dalam jenis Ghazal Parti. Tetapi, saya dapat menyelesaikan masalah yang timbul atas matlamat untuk menghasilkan perbentangan dan blog yang baik.  Kajian di lapangan melibatkan kos yang besar dan ini mungkin membebankan saya pada awalnya. Tetapi hasil yang saya peroleh adalah sesuatu yang amat berguna untuk saya kelak kerana secara tidak langsung saya mempelajari bagaimana menjalankan prosedur sesuatu penyelidikan di kajian lapangan bermula dengan mencari maklumat lokasi sehinggalah menganalisis hasil kajian yang diperoleh. Alhamdullilah segalanya berjalan amat baik dan blog dapat disiapkan  berkat semangat berpasukan yang ditunjukkan walaupun kami hanya bertiga. Kami akan terus membuat penambahbaikan. Terima kasih Encik Amran kerana memberi peluang kali kedua. 

 








3 comments:

SMP 2252 NURUL HANA on October 31, 2010 at 5:17 AM said...

semoga apa yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.selamat maju jaya

Marlin on October 31, 2010 at 6:37 AM said...

Saya bersetuju dengan pandangan anda. Kita boleh dikatakan bertuah kerana berpeluang mempelajari subjek ini dengan kaedah pengajaran yang melibatkan teknologi maklumat kerana ianya memudahkan kita untuk menghadapi alam kerjaya kelak.

BlockchainHelp on December 25, 2018 at 12:04 AM said...

What if I forget my Blockchain ID password?
A password is the important element of Blockchain wallet and forgetting the password is a normal thing. There are recovery steps through which you can recover your password or for best results and save your time, you can directly talk to the professionals who can guide you accurately in minimal time with the high-end protection. You can dial Blockchain customer support number 1800-665-6722 and get in touch with the professionals immediately to attain the finest and accessible solutions.
blockchain.info fork support

blockchain wallet support phone number

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMP.A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya sampai jua kita ke minggu terakhir bagi kursus SMP 2252. Pel...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi Keseluruhan - Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... Kuliah pada minggu kedua terakhir (Minggu 13) dan juga pada minggu terakhir (Minggu 14) Semester I sesi 2010/20...
    14 years ago
  • HADIAH KEPADA KAWAN2 - Ditujukan khas kepada kawan SMP2252 YA.. Kualiti tak berapa bagus sebab kali pertama saya buat slideshow..hahah.. Semoga semua orang akan berjaya dalam pep...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi Minggu 14 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah pada minggu 14 ini adalah berkenaan dengan muzik tarian singa. Dalam tajuk ini beberapa perkara telah dibinca...
    14 years ago
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Salam.....syukur alhamdulillah tanpa sedari kita akhirnya di penghujung bicara. Selama 14 minggu, saya mengikuti kelas muzik tradisional smp2252 banyak p...
    14 years ago
  • minggu 14 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum dan salam muhibah semua... Pada minggu ini, pembentangan diteruskan dengan tajuk 'tarian singa'. Tarian singa ini adalah satu adat warisan...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Pada minggu ke 14 adalah minggu yang terakhir dalam kursus ini, banyak perkara yang kami perolehi setelah mengikuti kursus ini hingga ke akhir kursus ini. ...
    14 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    14 years ago
  • MINGGU 14 :JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum kepada pensyarah dan kawan-kawan semua. Minggu ini merupakan mingg yang terakhir kita belajar berkenaan dengan muzik tradisional. pada ming...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Salam diucapkan kepada En. Amran dan semua rakan-rakan kuliah SMP2252. Sepertimana malam melabuhkan tirainya begitulah juga kita kini sudah berada di pengh...
    14 years ago
  • MINGGU 13:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum. Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap ke...
    14 years ago
  • MINGGU14: JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Sedar tak sedar, diam tak diam , akhirnya kita telah berada di minggu yang terakhir kuliah bagi semester 1 sesi 20...
    14 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    14 years ago
  • Minggu 11 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum.... Pada minggu ini, kumpulan yang terbabit membentangkan mengenai tajuk Ghazal. Pembentangan kali ini adalah untuk kali yang kedua buat kum...
    14 years ago
  • BIODATA - Nama : Wan Fadillah Wan Hamat No Matriks : D20072031385 Program : Pengajian Malaysia dengan Pendidikan Kumpulan : A Semester : Enam (6) / Semester 1 2010/...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    14 years ago
  • BIODATA - NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI NO.MATRIK : D20072031485 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
    14 years ago

BLOG PELAJAR KUMP.B

PELAJAR KUMP.C

SMP2252 Azam Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template