Boria menggabungkan unsur lakonan yang penuh lawak jenaka dan dan nyanyian. Kedua-dua unsur tersebut diiringi oleh muzik. Jika dilihat daripada sejarah, saya tidak menyangka bahawa boria ini tercetus daripada peristiwa pembunuhan Saidina Ali r.a yang menjadi khalifah terakhir dalam kepimpinan Islam. Sebelum ini saya mengganggap boria diwujudkan hanya sekadar memenuhi hiburan semata-mata. Tetapi sebenarnya, boria pada zaman dahulu dijadikan mekanisme untuk mengingati sesuatu peristiwa.
Pada masa kini, boria telah mengalami banyak perubahan contohnya isu yang diketengahkan lebih berkisarkan kepada kehidupan masyarakat semasa. Kita dapat lihat juga, bentuk persembahan boria lebih menarik dengan pemakaian pakaian yang sangat unik dan berwarna-warni. Boria juga bukan lagi dipersembahkan oleh kaum lelaki malah kaum wanita juga adalah telibat sama.
0 comments:
Post a Comment